Halaman

Isnin, 12 Mac 2012

Sejarah Bangsa Bangingi & Irranun di Sabah

SEJARAH BANGSA BANGINGI DAN IRRANUN DI SABAH

Balangingi dan Irranun adalah dua kumpulan bangsa laut yang berasal dari Kepulauan Sulu dan Mindanao. Kedua-dua suku bangsa ini merupakan dua suku bangsa yang paling gagah dan berani dalam menghadapi peperangan di laut. Balangingi dikenali juga sebagai Bannaran atau Banadan, Balanini dan Banini, dan merupakan sub-itnek dari kumpulan bangsa Bajau Utara . Di Sulu, suku bangsa ini mendiami kepulauan Tungkil dan berpusat di Bangingi, Sipak, Sangap dan di Bukutingol. Di Tawi-tawi pula mereka berpusat di Bannaran dan di Balimbing. Mereka juga menempati Pulau Palawan. Manakala di Borneo ( Sabah ) mereka mendiami dan berpusat di Sungai Langkon-Marudu, di Limau-limauan ( Kudat ), di Telisai dan Tungku ( Lahad Datu ). Mereka juga bergabung dengan suku Irranun di Ambong dan Tempasuk. Suku Irranun atau Ilanun atau Lanun pula berasal dari Pulau Mindanao dan mendiami kawasan Maranao dan Lanao. Di Borneo ( Sabah ) mereka berpusat di Tempasuk, Ambong, Pandasan ( Kota Belud ), di Sungai Langkon -Marudu, dan di Tungku ( Lahad Datu ).

Suku bangsa Balangingi di bawah naungan dan pertuanan kesultanan Sulu mana kala suku bangsa Irranun di bawah pertuanan Kesultanan Kotabato-Mindanao. Kedua-dua suku bangsa ini pada awalnya seringkali bergabung dan menyerang kapal-kapal Sepanyol, Belanda dan Inggeris di Perairan Sulu, Indonesia, Tanah Melayu ( Melaka ). Mereka menjadi musuh utama penjajah Barat dan merupakan kumpulan yang amat digeruni di Nusantara oleh pihak penjajah Barat.

Pada abad ke 18 dan 19, kedua-dua kumpulan ini telah melancarkan peperangan laut yang amat dahsyat dan berlanjutan sehingga hampir seratus tahun. Munculnya aktiviti melawan penjajah barat ini menyebabkan mereka dikenali sebagai lanun dan bajak laut oleh orang-orang barat yang menjajah kepulauan Nusantara. Kedua-dua kumpulan ini amat digeruni di laut dan mereka akan menyerang kapal-kapal barat dan sekutunya serta merampas muatannya. Orang-orang tawanan akan ditawan dan dijual sebagai hamba atau dalam istilah Balangingi-Sulu "Banyaga" dan dalam istilah Irranun pula digelar " Bisaya". Aktiviti ini menjadi kegiatan terhormat pada masa itu dan dan selalunya dibiayai oleh sultan-sultan di Sulu, Mindanao, Siak, Sambas, Johor dan lain-lain sultan di Kepulauan Melayu. Keadaan ini menyebabkan kegiatan mereka berleluasa sehingga ke seluruh Kepulauan Luzon, Visayah, Sulu, Sulawesi, Johor-Riau, Selat Melaka dan menjangkau ke perairan Banda, Jawa, New Guinea sehingga ke Teluk Bengal di India dan Teluk Andaman di Burma serta perairan Indocina dan Siam.

Kedua-dua kumpulan ini menjadi pembekal utama hamba di Nusantara. Hamba-hamba yang ditawan akan dijual di pelabuhan-pelabuhan utama di Nusantara. Mana kala tawanan yang terdiri dari orang-orang Sepanyol, Belanda dan Inggeris akan dijual semula atau dibebaskan oleh orang-orang Barat dengan tukaran dan bayaran yang tertentu. Kedua-dua bangsa ini tercatat dalam sejarah dunia sebagai dua bangsa Timur ( Nusantara ) yang satu-satunya berjaya menjadikan orang-orang Barat hamba abdi dan juga merupakan dua suku bangsa yang satu-satunya dapat menjual orang barat di pelabuhan-pelabuhan utama di Kepulauan Nusantara. Justeru itulah, orang-orang Barat menggelar kedua-dua bangsa ini sebagai " Orang yang paling berani di dunia " ( ).

Apabila beberapa wilayah di Sabah diserahkan oleh Sultan Brunei kepada Sultan Sulu dan pembesar-pembesar Sulu dilantik mentadbir kawasan-kawasan sungai di Sabah, orang-orang Balangingi dan Iranun telah menjadi tulang belakang pertahanan laut dan darat di Sabah. Mereka juga menjadi pembekal utama hamba abdi ke Borneo untuk bekerja memungut hasil-hasil laut dan hutan di Sabah. Tawanan perang akan dijual di Marudu, Mengkabong, Sulaman, Labuan, Brunei, Sarawak dan kalimantan, Betawi dan lain-lain pelabuhan utama di Nusantara.( )

Apabila Shariff Osman memerintah Marudu, beliau telah membiayai orang-orang Balangingi dan Irranun untuk memerangi orang-orang Sepanyol, Belanda dan Inggeris yang ingin menjajah Borneo. Orang-orang Barat ini pula telah bertapak di Timur dan mereka telah mengambil orang-orang tempatan untuk menjadi askar upahan. Orang-orang Sepanyol di Filipina telah mengambil orang-orang Visayas, Luzon dan orang-orang asli Filipina sebagai askar dan pekerja mereka, orang-orang Belanda pula mengambil orang-orang Jawa, Batak dan Dayak mana kala orang-orang Inggeris mengambil orang-orang Iban, India, Sikh, Cina dan Dayak sebagai askar dan pekerja mereka. Keadaan ini menyebabkan berlakunya pertembungan di kalangan sesama sendiri di kalangan bangsa tempatan dalam setiap siri peperangan yang berlaku antara pihak Penjajah Barat dan orang-orang Balangingi-Irranun. Justeru itu, setiap tawanan perang yang ditawan oleh orang-orang balangingi-Irranun akan dijadikan hamba tidak kira ianya orang Barat ataupun orang-orang tempatan. Dasar Pecah-Perintah Penjajah Barat ini bagaimanapun tidak mampu menghalang penentangan orang-orang tempatan terhadap mereka.

Shariff Osman menjadi orang yang amat ditakuti oleh penjajah Barat. Beliau diisytiharkan dan dituduh telah menjadi Ketua lanun dan membiayai aktiviti pelanunan di Asia Tenggara. Marudu, Tempasuk, Ambong, Palawan dan Tungku telah dijadikan markas utama oleh orang-orang Balangingi-Irranun untuk menjalankan kegiatan mereka dan melancarkan serangan terhadap pihak penjajah Barat.

Apabila pihak British memajak Sabah dari Sultan Sulu dan Sultan Brunei, Shariff Osman enggan mengikhtiraf pihak British. Beliau menentang penyerahan Sabah kepada pihak Amerika dan British. Beliau meminta kapal-kapal dagang barat yang berdagang di wilayahnya khususnya di Teluk Marudu agar membayar cukai kepadanya. Permintaan beliau tidak diendahkan oleh pihak British malahan beliau dihina dan ditertawakan oleh orang-orang Barat di Teluk Marudu ( ). Beliau telah menemui menemui Sultan Sulu dan memaklumkan pencerobohan wilayahnya di Marudu oleh pihak Barat, tetapi Sultan Sulu bersikap acuh tak acuh dan memaklumkan bahawa perjanjian telahpun ditandatangani dengan pihak barat dan menasihatkan Shariff Osman menyelesaikan sendiri masalah di Marudu.

Memandangkan penghinaan yang diterima oleh Shariff Osman dari pihak barat telah mencabar kewibawaannya sebagai Ketua dan Raja di Marudu, beliau telah bertindak menentang mana-mana penceroboh asing di perairan Teluk Marudu. Shariff Osman telah menangkap orang-orang barat yang enggan membayar cukai kepadanya di kawasan Marudu. Aktiviti pelanunan dan perang di laut semakin berleluasa dan pihak barat menuding jari kepada Shariff Osman dan menganggap Shariff Osman Ketua Lanun. Beberapa kapal dagang barat yang berlabuh di Marudu telah mencetuskan peperangan dengan Shariff Osman. Akibatnya, Shariff Osman semakin marah dan tercabar. Beliau telah memerangi setiap orang barat yang berdagang di Marudu dan yang berani menjatuhkan maruahnya. Beliau telah bertindak lebih berani dan ganas. Dengan kekuatan tenteranya yang melebihi 5,000 orang terdiri dari orang-orang Balanini, Illanun, Samah, Suluk, orang Sungai dan suku Dusun, Shariff Osman telah bertindak nekad. Mana-mana orang barat yang menentangnya akan diperangi dan dibunuh. Musuh-musuh yang berjaya dibunuh akan dipenggal kepalanya dan dipotong kemaluannya sebagai amaran kepada pihak penjajah barat.

Shariff Osman dan tenteranya telah membina kubu pertahanan di Sungai Besar ( sungai Marudu ). Kepala musuh yang dipenggal akan diserahkan kepada orang-orang "Sagaih" iaitu orang-orang Dusun dan Dayak yang meganggap kepala musuh sebagai "Hadiah berharga tanda kepahlwanan seseorang". Kemaluan orang-orang Barat dan pihak musuh pula akan dipotong dan dicucuk dengan rotan untuk digantung merentangi Sungai Marudu. Tindakan ini bertujuan untuk menakut-nakutkan pihak barat dan mana-mana musuh yang ingin mencabar kekuatan orang-orang Marudu. Akibatnya, Shariff Osman telah dicanangkan oleh pihak Barat terutamanya Rajah James Brooke di Sarawak sebagai orang yang kejam, tidak bertamadun, jahat dan Ketua Lanun yang harus diperangi. Tindakan Shariff Osman ini "amat memberi malu kepada orang-orang barat" .Penghinaan Shariff Osman tehadap orang-orang barat " tidak pernah diterima dan dialami oleh mana-mana kuasa barat yang menjajah Asia" dan "belum pernah mana-mana kuasa dunia dan pemerintah yang berani memotong dan menggantung kemaluan orang barat di khalayak ramai". Pihak British telah memaklumkan Rajah Brooke Sarawak dan Queen Britsih. Pihak barat juga telah melancarkan perang saraf dengan mengumumkan kepada rakyat bahawa Shariff Osman adalah "Lanun yang jahat " dan bukannya "Pelindung Rakyat". Pihak British telah meminta sokongan Sultan Brunei untuk memerangi Sharif Osman dan orang-orang Balanini-Illanun yang dianggap "Kumpulan Lanun yang paling Berani dan berbahaya di Asia Tenggara". Walau bagaimanapun, Sultan Brunei menunjukkan sokongan yang agak dingin disebabkan bapa mertuanya sendiri sedang berperang dengan pihak british. Pangeran Yusop yang bersengketa dengan Rajah Muda Hashim telah menyokong Shariff Osman. Pihak pentadbir Syarikat Berpiagam Borneo Utara British telah meminta tentera Diraja British di London untuk memerangi Shariff Osman dan membuang arang yang diconteng di muka kerajaan British.

Kemuncak daripada sengketa ini, pihak barat yang mengadu-domba Pengiran Muda Hashim dan Pangeran Yusop telah mengakibatkan kedua-dua tokoh brunei ini terkorban. Pangeran Yusop telah digantung oleh pihak British dan Rajah Muda Hashim pula mati dibakar oleh pengikut-pengikut Pangeran Yusop yang membalas dendam. Shariff Osman sebelumnya telah diserang oleh tentera british dan tentera Rajah Brooke yang bergabung dengan Angkatan Tentera Laut Diraja British dan tentera Rajah Muda Hashim dan telah memusnahkan kubu Marudu. Dilaporkan dalam beberapa akhbar barat di Singapura, London, Australia dan Hong Kong bahawa Shariff Osman telah terbunuh dan markas lanun terbesar di Asia Tenggara iaitu Marudu telah dimusnahkan. Tentera Balanini-

16 ulasan:

  1. BANGSA IRANUN YANG SAYA PERNAH KENAL DI KOTA BELUD ADALAH BANGSA YANG KUAT PEGANGANNYA KEPADA AGAMA...CONTOH, ADA SEORANG HAJI MEMPUNYAI 7 ORANG ANAK. SEMUA ANAKNYA DIAJAR SENDIRI MENGAJI AL-QURAN DAN KEBANYAKAN ANAK BELIAU MEWAKILI DAERAH DALAM PERTANDINGAN TILAWAH QURAN

    BalasPadam
    Balasan
    1. SAYA MAS ANTO DARI JAWAH TENGAH.
      DEMI ALLAH INI CERITA YANG BENAR BENAR TERJADI(ASLI)BUKAN REKAYASA!!!
      HANYA DENGAN MENPROMOSIKAN WETSITE KIYAI BODAS DI INTERNET SAYA BARU MERASA LEGAH KARNA BERKAT BANTUAN BELIU HUTANG PIUTAN SAYA YANG RATUSAN JUTA SUDAH LUNAS SEMUA PADAHAL DULUHNYA SAYA SUDAH KE TIPU 5 KALI OLEH DUKUN YANG TIDAK BERTANGUNG JAWAB HUTANG SAYA DI MANA MANA KARNA HARUS MENBAYAR MAHAR YANG TIADA HENTINGNYA YANG INILAH YANG ITULAH'TAPI AKU TIDAK PUTUS ASA DALAM HATI KECILKU TIDAK MUNKIN SEMUA DUKUN DI INTERNET PALSU AHIRNYA KU TEMUKAN NOMOR KIYAI BODAS DI INTERNET AKU MENDAFTAR JADI SANTRI DENGAN MENBAYAR SHAKAT YANG DI MINTA ALHASIL CUMA DENGAN WAKTU 2 HARI SAJA AKU SUDAH MENDAPATKAN APA YANG KU HARAPKAN SERIUS INI KISAH NYATA DARI SAYA.....

      …TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA AKI BODAS…

      **** BELIAU MELAYANI SEPERTI: ***
      1.PESUGIHAN INSTANT 10 MILYAR
      2.UANG KEMBALI PECAHAN 100rb DAN 50rb
      3.JUAL TUYUL MEMEK / JUAL MUSUH
      4.ANGKA TOGEL GHOIB.DLL..

      …=>AKI BODAS<=…
      >>>085-320-279-333<<<






      SAYA MAS ANTO DARI JAWAH TENGAH.
      DEMI ALLAH INI CERITA YANG BENAR BENAR TERJADI(ASLI)BUKAN REKAYASA!!!
      HANYA DENGAN MENPROMOSIKAN WETSITE KIYAI BODAS DI INTERNET SAYA BARU MERASA LEGAH KARNA BERKAT BANTUAN BELIU HUTANG PIUTAN SAYA YANG RATUSAN JUTA SUDAH LUNAS SEMUA PADAHAL DULUHNYA SAYA SUDAH KE TIPU 5 KALI OLEH DUKUN YANG TIDAK BERTANGUNG JAWAB HUTANG SAYA DI MANA MANA KARNA HARUS MENBAYAR MAHAR YANG TIADA HENTINGNYA YANG INILAH YANG ITULAH'TAPI AKU TIDAK PUTUS ASA DALAM HATI KECILKU TIDAK MUNKIN SEMUA DUKUN DI INTERNET PALSU AHIRNYA KU TEMUKAN NOMOR KIYAI BODAS DI INTERNET AKU MENDAFTAR JADI SANTRI DENGAN MENBAYAR SHAKAT YANG DI MINTA ALHASIL CUMA DENGAN WAKTU 2 HARI SAJA AKU SUDAH MENDAPATKAN APA YANG KU HARAPKAN SERIUS INI KISAH NYATA DARI SAYA.....

      …TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA AKI BODAS…

      **** BELIAU MELAYANI SEPERTI: ***
      1.PESUGIHAN INSTANT 10 MILYAR
      2.UANG KEMBALI PECAHAN 100rb DAN 50rb
      3.JUAL TUYUL MEMEK / JUAL MUSUH
      4.ANGKA TOGEL GHOIB.DLL..

      …=>AKI BODAS<=…
      >>>085-320-279-333<<<

      Padam
  2. IRANUN Kota Belud ( Tempasuk & Pandasan ) tidak terikat dengan Kesultanan Sulu mahu pun Kesultanan Maguindanao. Mereka lebih mesra dengan Sultan Brunei kerana ada hubungan tertentu. Ambong setahu Aku bukan penempatan Iranun tetapi memang penempatan Bajau. Bro, menulis sejarah biar membaca. Ini tajuk ASAL USUL. Jangan main sembarangan Bro.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko ni pun nda tau apa2 ni....ko pegi rujuk si guru la...orang kuat kota belud....

      Padam
    2. bodoh punya statement.....palui bana ko tu....puihhhhhh.............

      Padam
    3. Xda kaitkn so asal usul iranun kb dari mana..mmang bkn magindanou tp meranou..flipin gak..sultan brunai ni sekadar rakan kpd sultan iranun,sama juga dgn Johor dan sultan sulu...fakta biar betul bro

      Padam
    4. Sesungguhnya terminologi dayak laut atau sea dayak itu mula-mula digunakan oleh orang Barat kerana terpengaruh dengan kisah kehebatan pemimpin Iban Saribas yang bernama Unggang Lebur Menua. Walaupun Unggang yang hidup kira-kira 100 tahun sebelum kedatangan James Brooke namun kehebatan Unggang dalam mempertahankan Nanga Layar dan perairan di sekitarnya daripada serangan orang Ilanun dan Bajau dari Selatan Filipina dan Sabah kekal memberi reputasi orang Iban sebagai kaum yang hebat di laut. Unggang yang disifatkan sebagai ‘The First Sea Dayak’ pada zaman kegemilangannya dikatakan pernah menguasai perairan dari Nanga Layar (Saribas) hingga ke Kuala Rajang dan seterusnya ke Nanga Sarawak (Muara Tebas).

      Padam
  3. kau ni menulis ngeramput saja la.......mcm la pembaca ni babi hutan yg nda tau apa-apa.....

    BalasPadam
  4. adminnya ni pun da nampak mcm rupa negro....apa dia tau....puihhhhh....palui bana juga ko ni....

    BalasPadam
  5. Tahukah Anda Siapa Sebenarnya Sharif OSMAN ?

    Sharif Osman berasal daripada keturunan Kesultanan Maquindanao. Beliau adalah menantu Sultan Sulu. Nama sebenarnya ialah SHARIF PENGIRAN DATU MOHAMMED ZEINUL ABIRIN. Beliau menjadi pemerintah yang berkuasa di Marudu dengan gelaran 'THE KING OF MARUDU DISTRICT'.

    BalasPadam
  6. pelik juga korang terlalu emosional....saya rasa tak perlu emosional sangat dalam membuat komen ni............nampak sgt orang tua korang tak ajar.......nak buat komen pun nak marah2 gak ...bagi saya kalau fakta ni korang tak setuju bagila komen yang membina bukan dengan perkataan yang kesat.....

    BalasPadam
  7. Ada masanya dikuasai oleh kuasa A kadang B dan seterusnya.. dunia dahulu tanpa sempadan..
    pahap hap kam manga danakan daana hadjakam mag lengog

    BalasPadam
  8. Bangsa irranun juga la paling ganas hahahan

    BalasPadam
  9. sewaktu saya ke filipina, merayau hingga ke cebu, makati , maguindnao , memang ramai yang mengaku bangsa Iranun , etnik iranun memang asal dari filipina , tetapi disana bangsa iranun ini golongan peniaga , orang kaya , kalau tengok perempuan dia gelang emas sampai kesiku ..
    iranun di sabah , asal usulnya juga dari filina , penghijrahan ini berlaku dalam ratusan tahun, penghijrah pertama ..kedua, ketiga dan seterusnya , dengan pelbagai sebab dan alasan , mungkin sebab ekonomi, atau kerana peperangan , atau perkhawinan , atau berniaga , maka terbentuklah bangsa iranun sekarang yg ada di sabah , ini ratusan ..ribuan tahun puna history ,

    apa pun, selama umur ini , selama saya hidup di sabah , belum pernah ..atau amat jarang kes jenayah berat , dilakukan oleh orang Iranun, dari segi ini saya kagum , salute dengan etnik iranun , bukan saya mengatakan iranun itu 100% maksum , tetap ada juga kurangnya , saya cuma merujuk pada indeks jenayah . betulkan saya jika saya salah ..

    sejarah itu kenangan, tak mungkin akan berulang lagi , sejarah itu adalah semakin menjauh , bukan semakin mendekat , benda yang sudah lepas ada pahit ada manis , tiada guna menangisinya hanya membazir airmata , yg patut difikirkan ialah masa hadapan yg mendatang bagaimana rupanya bagaimana halnya , adakah esok untuk kita atau bagaimana ,

    saya bukan dari etnik iranun , salam damai utk semua

    BalasPadam
  10. Brunei tidak pernah menyerahkan timur Sabah pada sulu

    BalasPadam

Ulasan Positif dan Membina.